Trip gunung berlumut

Trip Gunung Belumut
---------------------

Bertolak dari jb bersama kawan bj zulkamal(kecik) dan sepupu nurul jannah(nana) dari jb lebih kurang pukul 5pagi...singgah di rnr machap untuk bersarapan dan solat fardhu subuh...kemudian meneruskan perjalanan ke meeting point di hutan lipur gunung belumut di kaki gunung.




       Sampai di carpark lebih kurang pukul 8pagi..tepat waktu berkumpul..trip daypack kali ini diketuai oleh Abang Akai selaku guider kami dan emy sebagai sweeper..team seramai 26orang termasuk kami bertiga...perjalan mendaki dimulakan setelah bacaan doa selamat dan streching,,lebih kurang pukul 9.05minit pagi..ada juga beberapa grup hiker lain yang dah naik dulu sebelum kami,,grup2 dari kampung halaman saya batu pahat dan grup askar yang melakukan training..trek dari kaki gunung ke checkpoint 1 agak landai...kami meneruskan perjalanan dari checkpoint 1 ke checkpoint 2...trek di kawasan ini memang luar biasa dengan keadaan 70-80% kecuraman,akar pokok yang sangat banyak dan keadaan tanah yang lembik akibat dari hujan yang lepas.



Gmbr bj dgn sepupu 




















               Memang hampir-hampir putus asa di trek ini,,,dalam masa sejam trek memang memacak ke atas sahaja tiada yang landai..jalan beberapa langkah,berenti jalan sikit lagi berenti,,kaki ni rasa dah tak larat nak angkat dah nak panjat lagi...memang pewaii habis...๐Ÿ˜ญ,,pandang ke bawah yang lain pun tak larat lepak tepi jalan selangkah demi selangkah..apabila memikirkan perjalanan jauh lagi kami baru di checkpoint 1 ke 2,,takkan nak mengalah..perjalanan tetap diteruskan untuk sampai ke checkpoint seterusnya...keupayaan mental dan fizikal kami memang teruji ketika itu..sampai di batu kerang iaitu checkpoint 2..





          Berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan dari checkpoint 2 ke 3...checkpoint 2 ke 3 agak mudah kerana kawasan banyak yang landai...dari checkpoint 3 ke 4 fizikal dan mental kami diuji semula dengan trek yang sama kecuraman dengan checkpoint 1 ke 2 tadi...disimpulkan trek belumut sukar di bahagian cp 1-2 dan 3-4 sahaja...sebelum sampai ke puncak ada satu puncak tipu...lebih kurang pukul 1 kami sampai ke puncak Belumut yang sebenar,,masa yang diambil dari starting point hingga ke puncak adalah 3jam 47minit...ketika di puncak masing2 sakan bergambar,,tetapi nasib kami kurang baik kerana tak dapt view kerana kabus yang tebal,,ditambah lagi hujan yang turun secara tiba-tiba di puncak gunung ketika nak makan...kelam-kabut masing2 mengeluarkan baju hujan dan menyelamatkan barang berharga daripada terkena air hujan yang semakin melebat..setelah hujan kian mereda,Saksikan gambar










         Masing2 puas bergambar dan merehatkan diri..kami meneruskan perjalan turun ke parking di kaki gunung,,laluan yang sama juga digunakan untuk turun ke bawah..perjalanan turun agak pantas ,,mungkin kerana energy yang dah recover dan beg yang dah kurang beban sebab bekalan air dah diminum๐Ÿ˜‚...tiada banyak halangan ketika turun,kami turun agak pantas seperti berlari...akar2 yang agak banyak bergelimpangan tidak dipedulikan,,silap langkah memang tersadung bergolek jawabnya..perjalanan sampai ke parking point mengambil masa 2jam 16minit lebih kurang pukul 4.20petang..sesampai dibawah agak mengah kerana berlari..alhamdulillah selamat dan berjaya menamatkan cabaran Trek Belumut yang kejam ini.dengar2 team group satu lagi ada yang mengalami kecederaan di tengah trek,harap urusan mereka dipermudahkan..berehat seketika dibawah bersama team sebelum memulakan perjalanan balik ke johor bahru..terima kasih kepada guider dan sweeper kami akai dan emy..juga kepada kawan-kawan satu team dan sebelah baju-baju pink korang memang osem and friendly,,dapat pengalaman baru yang berharga disini...semoga berjumpa lagi di lain trip..๐Ÿ‘‹๐Ÿป. Saksikan nature di gunung.Nantikan trip ke gunung lain..







































Banjarboyz,
Love the nature,and the nature will love u.

#banjarboyz
#tripbelumut
#belumut21april
#pewaiii

Comments

Popular Posts